Monday, 16 September 2013

Hadiah Hari Merdeka & Hari Malaysia

Hai Assalamualaikum :) Harap korang semua baik2 belaka. Hari ni aku nk post tentang Pesta Bola Merdeka. Mungkin terlambat utk aku postkan disini tp biar la aku nk post jgk. Alhamdulillah Malaysia muncul juara Pesta Bola Merdeka utk edisi kali ini menewaskan Myanmar. Gol2 dijaringkan oleh Rozaimi Rahman pd minit 29" & Putera Nadher Amarham pd minit 90+4".

Ni highlights : http://www.youtube.com/watch?v=-aReWYzECw8

Tahniah Harimau Muda A kerana kejayaan ini sangat bermakna pd seluruh rakyat Malaysia. Bak kata coach HMA kemenangan ini utk rakyat Malaysia & negara sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia yg disambut pd hari ini (16 september). Disini juga aku nk ucapkan Selamat Hari Malaysia kpd seluruh rakyat Malaysia termasuklah yg berada di semenanjung, Sabah & Sarawak. 
Tidak lupa juga Harimau Muda B yg memenangi  StarHub League Cup Plate selepas menewaskan pasukan Courts Young Lions 2-0. Nama penjaring di sini http://www.goal.com/en-sg/match/123717/courts-young-lions-vs-harimau-muda-b/preview.


Penyokong setia

                    Harimau Muda A memenangi Pesta Bola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 2-0


  • gambar atas : Harimau A menjulang piala pestabola merdeka
  • gambar bawah : Harimau Muda B menjulang StarHub League Cup Plate 
Kredit to : Mr Google
              : FB Info Skuad Olimpik Malaysia (Football Team)

TAHNIAH HARIMAU MUDA !

Friday, 13 September 2013

Pesta Bola Merdeka 2013

Hai assalamualaikum. Ape khabar? Harap korang semua baik2 saja. Post aku kali ni tentang Pesta Bola Merdeka. Korang pernah dengar kn kejohanan ni? Bg peminat bola sepak tanah air pasti tahu tentang kejohanan ni. Kejohanan ini telah masuk ke edisi 41 & berlangsung di Pahang iaitu di stadium Darul Makmur & stadium Temerloh. Sebanyak 4 buah negara yg menyertai kejohanan ini pada kali ini iaitu Malaysia, Thailand, Singapura & Myanmar. 




Alhamdulillah Malaysia telah memenangi ketiga2 perlawanan sblm melangkah ke peringkat akhir. Perlawanan pertama :
Malaysia(1) vs Singapura(0) 
Thamil Arasu min 46"
Highlights : http://www.youtube.com/watch?v=0ozds4p4X2o

Perlawanan kedua :
Malaysia(2) vs Myanmar(1)
Nay Lin Tun(Mya) min 38"
Irfan Fazail(Mas) min 64"
Wan Zack(Mas) min 79"
Highlights : http://www.youtube.com/watch?v=Y-RraBQjVN0

Perlawanan ketiga :
Malaysia(3) vs Thailand(0)
Nasir Basharuddin min 12"
Rozaimi Rahman min 28" & 80"
Highlights : http://www.youtube.com/watch?v=GJjJQK1HRpI

Final nanti Malaysia bertemu Myanmar.



Saturday, 7 September 2013

Kesan melaksanakan hukuman rotan

Dalam usaha membendung masalah disiplin yang semakin merosot dalam kalangan pelajar, terdapat saranan yang mengesyorkan supaya hukuman rotan dikenakan terhadap semua pelajar. Terangkan kesan-kesan yang timbul sekiranya hukuman tersebut dilaksanakan.

           Menurut laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran, hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan menggunakan sebuah rotan bagi kesalahan serius. Kemelut ini sering dipaparkan di dada-dada akhbar ibarat barah yang menular di dalam badan. Hal ini tentu membimbangkan para ibu bapa yang prihatin akan perkembangan moral dan mental anak-anak mereka. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung masalah ini. Ada yang mengesyorkan supaya hukuman rotan diwujudkan semula. Persoalannya, apakah kesan terhadap pelajar apabila hukuman ini dilaksanakan? Apakah ia mendatang kesan positif atau kesan negatif kepada para pelajar?

           Antara kesan positif yang mungkin timbul ialah hukuman rotan merupakan cara yang efektif untuk menanamkan sikap disiplin di dalam diri para pelajar, lebih-lebih lagi terhadap pelajar yang degil dan melakukan kesalahan berulang-ulang kali dan juga mereka yang melakukan kesalahan serius seperti membuli, menghisap rokok, mencuri dan sebagainya. Oleh itu, dengan mengenakan hukuman rotan, para pelajar ini akan dipupuk dengan sikap disiplin di dalam diri mereka dan mereka tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah.

            Antara lainnya ialah hukuman rotan adalah langkah pencegahan 'deterrent' yang efektif untuk pelajar-pelajar lain. Hal ini kerana apabila pelajar itu dirotan sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar yang lain, mereka yang melihat juga akan merenung dan melakukan muhasabah diri. Oleh itu, dengan adanya keinsafan dalam diri para pelajar, mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah dan ini dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah bak kata pepatah "pencegahan itu lebih baik dari rawatan".

            Seterusnya, pada masa yang sama, kerja guru di sekolah menjadi lebih mudah jika hukuman keras ini dilaksanakan dengan segera. Pihak guru mengambil masa yang lama untuk memberi kaunseling kepada pelajar yang belum tentu akan berjaya berbanding dengan merotan yang mudah dan pantas. Sesungguhnya, kerja guru menjadi lebih mudah jika hukuman ini dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Tidak ketinggalan juga proses P&P akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

            Antara kesan negatif pula ialah ia akan menyebabkan pelajar-pelajar yang disebat atau dirotan berasa trauma dan fobia. Hal ini kerana, sebelum mereka dirotan, mereka akan berasa takut. Oleh yang demikian, keseimbangan emosi mereka akan tergugat dan mereka akan mengalami gangguan emosi yang dahsyat apabila mereka disebat. Mereka juga mungkin akan kehilangan keyakinan diri dan berasa malu dan segan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka selepas mereka disebat di khalayak ramai. Bak kata pepatah "mencontengkan arang di muka sendiri".

            Selain itu, hukuman rotan boleh dianggap hukuman yang tidak berperikemanusiaan. Hal ini kerana hukuman rotan akan menyebabkan kecederaan fizikal kepada pelajar yang dirotan serta mengaibkan pelajar tersebut. Kecederaan yang dialami mereka adalah luka pada bahagian yang dirotan malah mungkin juga pada tulang belakang jikalau hukuman itu tidak dijalankan dengan sempurna dan berhati-hati. Bukan itu sahaja, malah pelajar-pelajar yang disebat akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh rakan-rakan mereka kerana takut jikalau diapa-apakan.

             Kesimpulannya, terdapat pro dan kontra kesan daripada hukuman merotan ini kepada para pelajar. Oleh itu, para pelajar mestilah mematuhi peraturan bagi mengelakkan mereka dihukum rotan agar kes disiplin di sekolah dapat dikurangkan serta dapat dibendung.

Wednesday, 4 September 2013

Oh kalori ku !

Hai assalamualaikum semua :) Hari ni aku nk kongsi cerita tentang ape yg terjadi kt sekolah aku. Hari ni telah diadakan Jalan Ria 10000 langkah. Byk tuu. Letih tau. Walaupun sekadar berjalan bukan berlari tp kepenatan tu tetap terasa. Mcm baru sudah larian merentas desa. Trek ye same dgn trek aku jungle trekking mase perkhemahan peringkat sekolah hari tu. Cume trek ni xde shortcut berbanding trek mase khemah yg ade shortcut. Aku pun sebenarnye malas jgk nk g sekolah hari ni sbb bukannye belajar pun tp disebabkan semangat nk turunkan kalori & berat badan aku gagahkan juga. Aku tabik spring r kpd cg2 yg turut berjalan 10000 langkah bersama para pelajar. Sejak pulang dari sekolah ni aku x timbang2 lg berat badan aku. Nk tgk jgk berapa kilo turun. Selepas habis larian tu, sekolah aku ade buat jualan sempena Hari Kantin. And then ade ceramah tentang Syria, Palestin dan juga Mesir oleh Aqsa Syarif. Kesian aku tgk saudara seagama kite yg berada disana. Tiap2 hari dibom oleh zionis. Semoga syahid menanti mereka. Amin... Alhamdulillah kite di Malaysia hidup dlm keadaan aman. Kite semua patut bersyukur dgn nikmat ini. Ok la, setakat ni dulu post aku buat mase ni. Nk upload gambar larian tu ia xde dlm simpanan aku. Wassalam.

Sunday, 1 September 2013

Kehadiran ahli baru.

Hai assalamualaikum. Hari dh 1 september 2013. Bermakna hari ni dh masuk bulan baru. Takde ape pun nk cite pasal tarikh tu. Apa yg aku nk kongsikan kpd korang semua pd hari ni untuk kali pertamenye aku menaip blog menggunakan laptop baru. yeayy... Bukan aku nk nunjuk2 kpd korang tp just untuk menyatakan kegembiraan aku sbb dh lame aku tunggu2 kehadiran laptop dlm hidup aku. hehe. Tp kalu korang rase aku nk menunjuk jgk, terpulang. It's up to you. Hak masing2. Aku tak kesah. Tujuan aku nk sgt laptop kerana senang sikit
untuk aku buat research tentang pelajaran. Aku juga berharap dgn kehadiran laptop ni aku dpt menggunakannya dgn sebaik mungkin. Ya Allah, engkau bimbinglah hambamu ini untuk menggunakan kemudahan yg diberikan dgn sebaik mungkin. Jauhilah hambamu ini dari perkara yg laro. Amin... Laptop baru ni jgk dh menggunakan windows 8 & skrin dia blh touch.

*Gambar sekadar hiasan.