Friday, 22 November 2013

Karangan Bahasa Melayu STPM

Pelbagai kegiatan jenayah yang dilaporkan berlaku di negara ini, banyak yang melibatkan remaja. Jelaskan faktor-faktor penglibatan remaja dalam kegiatan ini.



                Remaja merupakan tonggak utama negara pada masa hadapan, justeru jatuh bangunnya negara akan ditentukan oleh remajapada hari ini. Namun begitu, remaja yang sepatutnya berada di bangku sekolah telah terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah seperti pembunuhan, rompakan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Fenomena ini membimbangkan semua pihak kerana ia boleh membantutkan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang mempunyai nilai kredibiliti dan bertanggungjawab untuk memajukan negara pada masa akan datang. Oleh itu, pelbagai faktor yang menyebabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah.

                   Kepincangan dalam institusi keluarga punca utama remaja melakukan jenayah. Ibu bapa yang sering bertengkar di hadapan anak-anak menyebabkan anak-anak berasa tertekan dan menganggap rumahnya seperti neraka, justeru mereka mengambil keputusan untuk keluar dari rumah untuk mencari ketenangan. Dalam hal ini, anak-anak akan ke pusat-pusat hiburan, melepak di pusat membeli belah ataupun menganggotai kumpulan kongsi gelap. Semasa mereka berusaha melupakan masalah mereka, remaja ini tersilap langkah apabila terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Nasib mereka  lebih malang apabila mereka terpaksa merompak dan membunuh bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.

                  Seterusnya, ibu bapa kurang memberi penekanan terhadap pendidikan agama dan moral juga mengakibatkan remaja terlibat dengan jenayah. Ibu bapa sendiri yang jahil tentang agama menyebabkan kurang penghayatan agama dalam diri anak-anak dan mengakibatkan remaja terlibat dalam pergaulan bebas. Melalui pergaulan bebas, remaja terlibat dalam kumpulan kongsi gelap. Pada masa yang sama, ibu bapa juga sibuk mencari nafkah sehingga menyebabkan anak-anak kebuluran dari segi makanan rohani. Ini menyebabkan remaja keluar rumah untuk mencari kebebasan yang tiada batasan sehingga menjerumus remaja ke arah jenayah yang lebih parah seperti seks bebas, pembuangan bayi dan sebagainya.

                   Selain itu, kemiskinan juga merupakan salah satu faktor remaja terlibat dalam jenayah. Keinginan untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang mewah dan bergaya walaupun tidak mampu mendorong remaja terlibat dalam jenayah seperti mencuri, merompak dan lain-lain lagi. Remaja terasa terpinggir apabila melihat rakan sekeliling yang mengamalkan kehidupan mewah seperti memiliki gajet mewah dan sebagainya. Remaja yang dari keluarga susah akan berasa rendah diri, seterusnya mempunyai keinginan tinggi untuk mendapatkan apa yang dihajati walaupun dengan cara yang salah. Kesannya, remaja tersebut terlibat dengan pelbagai jenayah seperti meragut, sindiket pelacuran, pengedaran dadah dan sebagainya.

                   Pengaruh media massa yang negatif banyak mendorong remaja terlibat dalam kes jenayah. Penyalahgunaan media terutama media cetak sangat berleluasa dalam kalangan remaja. Ramai remaja terlibat dalam langganan majalah pornografi yang begitu mudah merangsang nafsu remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka menganggap diri mereka sudah matang dan bebas melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira baik dan buruknya. Tidak lupa juga penyalahgunaan media elektronik yang semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Pada zaman moden ini, penciptaan teknologi canggih seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya meningkatkan lagi pengaruh remaja untuk melakukan jenayah. Remaja akan mudah memuat turun gambar serta video yang tidak elok untuk merangsang mereka melakukan lebih banyak penyalahgunaan media. Kesannya, remaja akan mengalami perubahan tingkah laku. Ada pula sesetengahnya yang terlibat dengan pergaulan bebas yang akhirnya menjerumus mereka kepada seks bebas, arak, anak luar nikah dan sebagainya.

                Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan remaja kerana mereka begitu rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Remaja khususnya para pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya, jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut dan sebagainya.

                    Kesimpulannya, remaja haruslah di dedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin kegemilangan negara supaya mereka tidak mudah terjebak dalam kes-kes jenayah yang semakin berleluasa kerana ia bakal merosakkan masa depan remaja dan negara.

Monday, 4 November 2013

Bola Bola Bola

Hai assalamualaikum, selamat pagi. Ape khabar? Harap korang semua baik2 saja. Bagaimana pagi nie? Ok? Aku tak ok sbb Kelantan tak dapat kekalkan Piala Malaysia di Kota Bharu semalam. Sungguh terkilan, kecewa & tak sangka akan kekalahan TRW di tangan Tok Gajah. Tapi nk buat mcm mne, tu dh adat permainan. Ade pemenangnye begitu lah sebaliknya. Walaupun aku org Terengganu tp aku sokong Kelantan. I don't know why but itulah hakikatnya, walaupun Pahang tu negeri dr Pantai Timur jgk. Jd agk kecewo la bile TRW kaloh semalam. Care TRW main pun semalam mcm kurang mnjadi je. Bkn mcm corak permainan TRW yg sebenarnye. Apepun tahniah Pahang kerana berjaya merangkul kejuaraan seterusnya menamatkan kemarau 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia. THIS IS PANTAI TIMUR. Matias Conti muncul wira apabila menjaring gol tunggal seterusnya gol kemenangan buat Pahang pd minit 59. Takpe la Kelate, takde rezeki kito tahun nie. Cube lg tahun depe. Aku harap pasukan Terengganu juga bangkit pd tahun depan seterusnya mengulangi zaman kegemilangan pasukan Terengganu dalam kancah bolasepak. Aminn...

Monday, 28 October 2013

Piala Malaysia 2013



Hai assalamualaikum. Ape khabar? Harap korang yg sudi singgah di blog aku sihat2 saje. Dah lame rasenye aku tak update blog, kan..kan.. 1 bulan kot.. Ok, kali nie aku nak cerita tentang Piala Malaysia. Mgkn agk lambat tp biarlah aku nk cerita jgk. Alhamdulillah, kedua-dua pasukan pantai timur layak ke final Piala Malaysia. This is Pantai Timur. Hehe. Pantai2 lain jgn marah yo. Ok, lupekan. Back to our topic. Jumaat lalu, perlawanan separuh akhir kedua telah berlangsung diantara Kelantan vs ATM di SSMIV, Kota Bharu, Kelantan. Kelantan berjaya mengikat ATM dgn keputusan seri 2-2 slps ketinggalan sblm buat comeback pd 10 minit terakhir. Hebat tak Kelantan? Kelantan layak ke final dgn agregat 4-3. ATM pun tak kurang hebatnya kerana memberi tentangan yg hebat kpd Kelantan. Di bwh nie aku sediakan video highlights & gol utk perlawanan tersebut.


Next, perlawanan separuh akhir kedua diantara pasukan Sarawak vs Pahang. Pahang berjaya mengikat tuan rumah 1-1, setelah membawa bekalan selesa 3-1 dr Stadium Darul Makmur. Pahang berjaya layak ke final dgn agregat 4-2. Di bwh aku share video highlights & gol utk perlawanan tersebut.


Tahniah Kelantan & Pahang kerana berjaya mara ke final Piala Malaysia. Tak sabar rasenye nak tgk game final Piala Malaysia nie. Oh ye, perlawanan akhir akan berlangsung pd 3 November 2013 di Stadium Shah Alam. Ok, setakat nie dulu ape yg aku dpt kongsikan. Assalamualaikum :)

Monday, 16 September 2013

Hadiah Hari Merdeka & Hari Malaysia

Hai Assalamualaikum :) Harap korang semua baik2 belaka. Hari ni aku nk post tentang Pesta Bola Merdeka. Mungkin terlambat utk aku postkan disini tp biar la aku nk post jgk. Alhamdulillah Malaysia muncul juara Pesta Bola Merdeka utk edisi kali ini menewaskan Myanmar. Gol2 dijaringkan oleh Rozaimi Rahman pd minit 29" & Putera Nadher Amarham pd minit 90+4".

Ni highlights : http://www.youtube.com/watch?v=-aReWYzECw8

Tahniah Harimau Muda A kerana kejayaan ini sangat bermakna pd seluruh rakyat Malaysia. Bak kata coach HMA kemenangan ini utk rakyat Malaysia & negara sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia yg disambut pd hari ini (16 september). Disini juga aku nk ucapkan Selamat Hari Malaysia kpd seluruh rakyat Malaysia termasuklah yg berada di semenanjung, Sabah & Sarawak. 
Tidak lupa juga Harimau Muda B yg memenangi  StarHub League Cup Plate selepas menewaskan pasukan Courts Young Lions 2-0. Nama penjaring di sini http://www.goal.com/en-sg/match/123717/courts-young-lions-vs-harimau-muda-b/preview.


Penyokong setia

                    Harimau Muda A memenangi Pesta Bola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 2-0


  • gambar atas : Harimau A menjulang piala pestabola merdeka
  • gambar bawah : Harimau Muda B menjulang StarHub League Cup Plate 
Kredit to : Mr Google
              : FB Info Skuad Olimpik Malaysia (Football Team)

TAHNIAH HARIMAU MUDA !

Friday, 13 September 2013

Pesta Bola Merdeka 2013

Hai assalamualaikum. Ape khabar? Harap korang semua baik2 saja. Post aku kali ni tentang Pesta Bola Merdeka. Korang pernah dengar kn kejohanan ni? Bg peminat bola sepak tanah air pasti tahu tentang kejohanan ni. Kejohanan ini telah masuk ke edisi 41 & berlangsung di Pahang iaitu di stadium Darul Makmur & stadium Temerloh. Sebanyak 4 buah negara yg menyertai kejohanan ini pada kali ini iaitu Malaysia, Thailand, Singapura & Myanmar. 




Alhamdulillah Malaysia telah memenangi ketiga2 perlawanan sblm melangkah ke peringkat akhir. Perlawanan pertama :
Malaysia(1) vs Singapura(0) 
Thamil Arasu min 46"
Highlights : http://www.youtube.com/watch?v=0ozds4p4X2o

Perlawanan kedua :
Malaysia(2) vs Myanmar(1)
Nay Lin Tun(Mya) min 38"
Irfan Fazail(Mas) min 64"
Wan Zack(Mas) min 79"
Highlights : http://www.youtube.com/watch?v=Y-RraBQjVN0

Perlawanan ketiga :
Malaysia(3) vs Thailand(0)
Nasir Basharuddin min 12"
Rozaimi Rahman min 28" & 80"
Highlights : http://www.youtube.com/watch?v=GJjJQK1HRpI

Final nanti Malaysia bertemu Myanmar.



Saturday, 7 September 2013

Kesan melaksanakan hukuman rotan

Dalam usaha membendung masalah disiplin yang semakin merosot dalam kalangan pelajar, terdapat saranan yang mengesyorkan supaya hukuman rotan dikenakan terhadap semua pelajar. Terangkan kesan-kesan yang timbul sekiranya hukuman tersebut dilaksanakan.

           Menurut laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran, hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan menggunakan sebuah rotan bagi kesalahan serius. Kemelut ini sering dipaparkan di dada-dada akhbar ibarat barah yang menular di dalam badan. Hal ini tentu membimbangkan para ibu bapa yang prihatin akan perkembangan moral dan mental anak-anak mereka. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung masalah ini. Ada yang mengesyorkan supaya hukuman rotan diwujudkan semula. Persoalannya, apakah kesan terhadap pelajar apabila hukuman ini dilaksanakan? Apakah ia mendatang kesan positif atau kesan negatif kepada para pelajar?

           Antara kesan positif yang mungkin timbul ialah hukuman rotan merupakan cara yang efektif untuk menanamkan sikap disiplin di dalam diri para pelajar, lebih-lebih lagi terhadap pelajar yang degil dan melakukan kesalahan berulang-ulang kali dan juga mereka yang melakukan kesalahan serius seperti membuli, menghisap rokok, mencuri dan sebagainya. Oleh itu, dengan mengenakan hukuman rotan, para pelajar ini akan dipupuk dengan sikap disiplin di dalam diri mereka dan mereka tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah.

            Antara lainnya ialah hukuman rotan adalah langkah pencegahan 'deterrent' yang efektif untuk pelajar-pelajar lain. Hal ini kerana apabila pelajar itu dirotan sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar yang lain, mereka yang melihat juga akan merenung dan melakukan muhasabah diri. Oleh itu, dengan adanya keinsafan dalam diri para pelajar, mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah dan ini dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah bak kata pepatah "pencegahan itu lebih baik dari rawatan".

            Seterusnya, pada masa yang sama, kerja guru di sekolah menjadi lebih mudah jika hukuman keras ini dilaksanakan dengan segera. Pihak guru mengambil masa yang lama untuk memberi kaunseling kepada pelajar yang belum tentu akan berjaya berbanding dengan merotan yang mudah dan pantas. Sesungguhnya, kerja guru menjadi lebih mudah jika hukuman ini dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Tidak ketinggalan juga proses P&P akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

            Antara kesan negatif pula ialah ia akan menyebabkan pelajar-pelajar yang disebat atau dirotan berasa trauma dan fobia. Hal ini kerana, sebelum mereka dirotan, mereka akan berasa takut. Oleh yang demikian, keseimbangan emosi mereka akan tergugat dan mereka akan mengalami gangguan emosi yang dahsyat apabila mereka disebat. Mereka juga mungkin akan kehilangan keyakinan diri dan berasa malu dan segan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka selepas mereka disebat di khalayak ramai. Bak kata pepatah "mencontengkan arang di muka sendiri".

            Selain itu, hukuman rotan boleh dianggap hukuman yang tidak berperikemanusiaan. Hal ini kerana hukuman rotan akan menyebabkan kecederaan fizikal kepada pelajar yang dirotan serta mengaibkan pelajar tersebut. Kecederaan yang dialami mereka adalah luka pada bahagian yang dirotan malah mungkin juga pada tulang belakang jikalau hukuman itu tidak dijalankan dengan sempurna dan berhati-hati. Bukan itu sahaja, malah pelajar-pelajar yang disebat akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh rakan-rakan mereka kerana takut jikalau diapa-apakan.

             Kesimpulannya, terdapat pro dan kontra kesan daripada hukuman merotan ini kepada para pelajar. Oleh itu, para pelajar mestilah mematuhi peraturan bagi mengelakkan mereka dihukum rotan agar kes disiplin di sekolah dapat dikurangkan serta dapat dibendung.

Wednesday, 4 September 2013

Oh kalori ku !

Hai assalamualaikum semua :) Hari ni aku nk kongsi cerita tentang ape yg terjadi kt sekolah aku. Hari ni telah diadakan Jalan Ria 10000 langkah. Byk tuu. Letih tau. Walaupun sekadar berjalan bukan berlari tp kepenatan tu tetap terasa. Mcm baru sudah larian merentas desa. Trek ye same dgn trek aku jungle trekking mase perkhemahan peringkat sekolah hari tu. Cume trek ni xde shortcut berbanding trek mase khemah yg ade shortcut. Aku pun sebenarnye malas jgk nk g sekolah hari ni sbb bukannye belajar pun tp disebabkan semangat nk turunkan kalori & berat badan aku gagahkan juga. Aku tabik spring r kpd cg2 yg turut berjalan 10000 langkah bersama para pelajar. Sejak pulang dari sekolah ni aku x timbang2 lg berat badan aku. Nk tgk jgk berapa kilo turun. Selepas habis larian tu, sekolah aku ade buat jualan sempena Hari Kantin. And then ade ceramah tentang Syria, Palestin dan juga Mesir oleh Aqsa Syarif. Kesian aku tgk saudara seagama kite yg berada disana. Tiap2 hari dibom oleh zionis. Semoga syahid menanti mereka. Amin... Alhamdulillah kite di Malaysia hidup dlm keadaan aman. Kite semua patut bersyukur dgn nikmat ini. Ok la, setakat ni dulu post aku buat mase ni. Nk upload gambar larian tu ia xde dlm simpanan aku. Wassalam.

Sunday, 1 September 2013

Kehadiran ahli baru.

Hai assalamualaikum. Hari dh 1 september 2013. Bermakna hari ni dh masuk bulan baru. Takde ape pun nk cite pasal tarikh tu. Apa yg aku nk kongsikan kpd korang semua pd hari ni untuk kali pertamenye aku menaip blog menggunakan laptop baru. yeayy... Bukan aku nk nunjuk2 kpd korang tp just untuk menyatakan kegembiraan aku sbb dh lame aku tunggu2 kehadiran laptop dlm hidup aku. hehe. Tp kalu korang rase aku nk menunjuk jgk, terpulang. It's up to you. Hak masing2. Aku tak kesah. Tujuan aku nk sgt laptop kerana senang sikit
untuk aku buat research tentang pelajaran. Aku juga berharap dgn kehadiran laptop ni aku dpt menggunakannya dgn sebaik mungkin. Ya Allah, engkau bimbinglah hambamu ini untuk menggunakan kemudahan yg diberikan dgn sebaik mungkin. Jauhilah hambamu ini dari perkara yg laro. Amin... Laptop baru ni jgk dh menggunakan windows 8 & skrin dia blh touch.

*Gambar sekadar hiasan.

Saturday, 31 August 2013

Selamat Hari Merdeka.

Hai assalamualaikum, selamat pagi semua. Hari ini bertarikh 31 ogos 2013 bersamaan 24 syawal 1434. Hari ni hari ape? Ofkos la hari ni hari kemerdekaan bg seluruh rakyat Malaysia. Jd disini aku nk ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yg ke56. Fahamilah erti kemerdekaan yg sebenar-benarnye. Bukan setakat menyambutnye sahaje. Merdekakanlah minda kita dari pengaruh2 barat yg blh membawa kesan negatif kpd diri sndiri, masyarakat & juga negara.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!





*sumber imej : Mr Google

Friday, 30 August 2013

Kompang dipalu.

Hai assalamualaikum. Rasenye dah lame aku tak update blog. Korang semua ape khabar? Harap semuanye berada dlm keadaan baik2 saje. Hari ni aku nk share tentang majlis pernikahan kakak sepupuku @ along. Pejam celik dah kahwin da along aku tu. Belajar3, dpt kerja, ekonomi dh kukuh ape tunggu lg kahwin la jwbnye. Korang pun mesti ade impian mcm tu kn, especially lelaki. Ye la nk tanggung anak dara org mesti la kene ade kerja yg tetap & kewangan yg kukuh. Kan3? Hehe. Dgr cite along aku tu dh lame kenal husband dia, sejak dr bangku sekolah katenye. Umur diorang pun sebaya. Xsilap aku tahun ni masuk 25 tahun. Xsilap aku la tp kalu silap sory la. Huhu. Manis je aku tgk pengantin baru ni. Ye la darah manis la katekan. Selain itu, aku tgk melalui majlis sprt ini, hubungan kekeluargaan yg sedia ada semakin erat. Jika selama ni masing2 susah betol nk jumpe tp hari ni alhamdulillah semuanye balik & dpt berkumpul. Saling berkongsi cerita & bertanyakan khabar. Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Di sini juga aku ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kpd along & her husband, semoge berkekalan hingga ke jannah. Selamat membina rumahtangga yg barakah, mawaddah wa rahmah. Amin. :) Kullu am wa antum bikhoir. Setakat ni saje yg dpt aku kongsikan. Lain waktu kita berjumpa lg. Di bwh aku kongsikan serba sedikit gambar yg sempat aku snap td.


Suasana sebelum akad nikah.

                                                                 Selepas akad nikah.

Acara menyarung cincin.

Selamat pengantin baru :)

Family Cik Ngah (keluarga pengantin perempuan).

Aikk budak ni ade jgk? Ni tetamu spesial yg dtg td. Namenye Hud, best main dgn dia, x nangis pun cume buas sket. Budak tgh nk membesar.

Sunday, 18 August 2013

Kepeningan melanda !

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nk kongsi tentang masalah aku. Bkn masalah ape pun, just masalah dlm pelajaran. Ustaz aku tugaskan aku & kumpulan aku untuk cari contoh karangan Bahasa Arab(insyak). Aku pening sebenarnya nk cari kt mane contoh karangan BA ni. Naik lenguh da tgn aku ni duk search dkt google. Anyone tahu tak kt mane aku boleh dpt contoh karangan tersebut? Aku kene cari insyak yg bertajuk Adat & Ikutan. Karangan pendek pun takpe asal ade karangan, yg penting sekali isi. Ok, setakat tu saje post aku kali ni. Sekian. :)

Tuesday, 13 August 2013

New application...Tumblr

Hai assalamualaikum to all. Kali ni aku nk share app yg baru aku tahu. Tumblr, itu nama yg diberi. Mungkin app tu dah lama terkenal di kalangan bloggers. Maklum la aku masih baru disini. Bagi aku tumblr ni agak menyusahkan atau dlm bahasa ganu 'bolok' bg mereka2 yg tak reti atau tak tahu cara nk manggunakannya. Disini aku share sedikit apa itu tumblr. 

" Tumblr is a blogging platform that allows users to post text, images, video, links, quotes, and audio to theirtumblelog, a short-form blog. Users are able to “follow” other users and see their posts together on their dashboard. "

Melalui tumblr ni, korang blh memuat apa sahaja, dari artikel yang pendek kepada kandungan multimedia yang lebih kompleks khususnya audio, video, gambar serta pengguna juga boleh memuatkan 'links' dan 'chat' dengan hanya begitu mudah. Malahan, pengguna Tumblr boleh melakukan follow ke atas blog (atau lebih dkenali sebagi tumbleblogs) sama juga aplikasinya seperti di Twitter.

*Ikut suka korang nk guna atau tidak aplikasi ni sbb aku sendiri belum guna lagi. Aku ada buat akaun tumblr tp belum digunapakai lagi. Mula2 tgk aplikasi ni mcm agak menyerabutkan. So up to you guys !


Monday, 12 August 2013

Bad mood day.

Hai assalamualaikum. Hari ni aku nk kongsikan tentang apa yg berlaku kpd diri aku. Tetibe hari ni buat perangai yang membuatkan orang menyampah dengan aku. Perangai yg 'jelek' itu ialah simbah air kpd pengguna bilik air sebelah. Rumah aku mempunyai bilik air yg 'terlekat' dua, atau dengan kata lain bilik air yg berkongsi dinding. Aku pun simbah la air dekat org sebelah dgn niat nk bergurau, apalagi menyamuk sakan la org sebelah. Ber-double double org sebelah marah kt aku. Aku pun panas la. Aku tau ni salah aku tp xkn la sampai mcm tu sekali nk marah kt aku. Aku tak habis mandi lagi, dia tutup lampu bilik air aku. Nasib baik masa tu tinggal nk ambik wuduk je. Skrg ni pun aku masih tak bercakap dgn individu tu. Tgk la esk luse ok la tu kot, in sha Allah. Harap2 tak berpanjangan la merajuk ni. Hehe. Ok setakat ni je apa yg aku nk kongsikan. Sekian.

Sunday, 11 August 2013

Homework oh homework

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cuti cuti jugak, keje sekolah tidak lupa. Makk aii byknye keje. Satu habuk tak buat lagi ni. Seminggu lagi cuti ni.


List of homework : 
1) BM - karangan secara individu
2) BI (MUET) - keje yg Miss Julia bg (tukar ayat +ve ke -ve)
                   - tgk modul MUET
3) P.Am - latihan hk buku LP
            - esei PA secara kumpulan
4) B.Arab - cari karangan tentang tajuk yg telah diberi mengikut sukatan (berkumpulan)
5) Usuluddin - wt nota mengikut sukatan
6) Syariah - ingat tajuk2 yg telah dipelajari

*persoalannye bila nk start wt keje sekolah ni?



Malaysia IX vs Barcelona

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni aku nak bercakap tentang game bola semalam. Perlawanan diantara Malaysia IX vs FC Barcelona. Sebelum perlawanan bermula ramai yg memperkatakan Malaysia akan dibelasah teruk oleh Barcelona, tidak kurang juga diri ini turut mengiakan statement tersebut. Tetapi apabila menyaksikan perlawanan semalam, statement itu salah sama sekali. Aku tak tahu sama ada pemain Barcelona memperlahankan rentak permainan atau pasukan Malaysia yg bermain dengan baik semalam. Tetapi keputusan semalam cukup memuaskan hati aku, mungkin hati seluruh peminat bola sepak tanah air. Bak kata Bojan Hodak, jurulatih pasukan Kelantan FA sebelum permainan bermula, kalu pintu gol Malaysia bolos kurang dari 5 gol itu sudah cukup membanggakan. Ok la tu kan. Tapi yg cukup peminat bola sepak tanah air terkilan ialah pemain sensasi Barcelona, Lionel Messi tidak diturunkan pada game malam tadi. Kita sebagai peminat nk buat macam mana selain akur kepada keputusan tersebut. Tp bangga tgk Amri menjaringkan gol semalam.

Ni link highlights dan goals untuk game semalam :

http://www.youtube.com/watch?v=A8NThS5eljo




Keputusan penuh : Malaysia IX (1) vs FC Barcelona (3)
Penjaring : Cesc Fabregas "33
          : Amri Yahya "40
         : Neymar Jr "43
             : Gerard Pique "74

Drama filipino

Assalamualaikum, ketemu lagi kita pada kali ini. Hari ni aku nak kongsikan satu cerita yang tgh femes di beberapa stesen televisyen tempatan yang sangat aku minat ketika ini. Dahil May Isang Ikaw, tu tajuk dlm bahasa Filipina. Dalam BI pulak, Destined Hearts. Kalu dalam bahasa Melayu pulak, hang pikir la sendiri. Hahaha. Drama ni mengisahkan tentang perkenalan singkat antara Ella dan Miguel pada zaman kanak-kanak. Mereka tinggal di perkampungan kanak-kanak terbiar. Pada satu hari mareka terpisah disebabkan pihak berkuasa ingin merombak perkampungan tersebut. Sehingga mereka besar, habis belajar dan mempunyai kerjaya masing-masing, mereka masih mencari antara satu sama lain. Kalu nak tahu kisah selanjutnya, korang tgk la citernye di Astro Bella, hari Sabtu dan Ahad, jam 11pg-1 tghari (3 episod berturut-turut). Takpun kt TV3, Isnin-Khamis, jam 3 ptg. Lakonan mantap Kristine Hermosa dan Jericho Rosales.



Eid Mubarak

Assalamualaikum, jumpa lagi kita pada kali ini. Sempena Aidilfitri ini, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Harap tak terlambat untuk aku ucapkan walaupun hari ini dh masuk 4 syawal 1434. Puasa penuh tak? Kalu x nanti x boleh raya. Hehehe. Ok la, setakat ni saja pertemuan kita. Wassalam.



Hello ! Budak baru disini.

Assalamualaikum n salam sejahtera. Selamat berkenalan. Saya budak baru disini. Saya? Lain macam je bunyinya. Aku la.. Tetibe rasa mcm nk berblog. Berblog ni kadang-kadang ikut mood, kalu rase rajin nk menaip ter-update la blog, kalu tak berhabuk la blog sbb tak update. Dulu dah ada blog tp sayang tak ingat password, jd terpaksa la buat blog baru. Tak ada apa untuk aku katakan lagi, cukup sampai disini saja. Ada masa kita jumpa lagi. Wassalam. :)