Saturday, 31 August 2013

Selamat Hari Merdeka.

Hai assalamualaikum, selamat pagi semua. Hari ini bertarikh 31 ogos 2013 bersamaan 24 syawal 1434. Hari ni hari ape? Ofkos la hari ni hari kemerdekaan bg seluruh rakyat Malaysia. Jd disini aku nk ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yg ke56. Fahamilah erti kemerdekaan yg sebenar-benarnye. Bukan setakat menyambutnye sahaje. Merdekakanlah minda kita dari pengaruh2 barat yg blh membawa kesan negatif kpd diri sndiri, masyarakat & juga negara.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!





*sumber imej : Mr Google

Friday, 30 August 2013

Kompang dipalu.

Hai assalamualaikum. Rasenye dah lame aku tak update blog. Korang semua ape khabar? Harap semuanye berada dlm keadaan baik2 saje. Hari ni aku nk share tentang majlis pernikahan kakak sepupuku @ along. Pejam celik dah kahwin da along aku tu. Belajar3, dpt kerja, ekonomi dh kukuh ape tunggu lg kahwin la jwbnye. Korang pun mesti ade impian mcm tu kn, especially lelaki. Ye la nk tanggung anak dara org mesti la kene ade kerja yg tetap & kewangan yg kukuh. Kan3? Hehe. Dgr cite along aku tu dh lame kenal husband dia, sejak dr bangku sekolah katenye. Umur diorang pun sebaya. Xsilap aku tahun ni masuk 25 tahun. Xsilap aku la tp kalu silap sory la. Huhu. Manis je aku tgk pengantin baru ni. Ye la darah manis la katekan. Selain itu, aku tgk melalui majlis sprt ini, hubungan kekeluargaan yg sedia ada semakin erat. Jika selama ni masing2 susah betol nk jumpe tp hari ni alhamdulillah semuanye balik & dpt berkumpul. Saling berkongsi cerita & bertanyakan khabar. Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Di sini juga aku ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kpd along & her husband, semoge berkekalan hingga ke jannah. Selamat membina rumahtangga yg barakah, mawaddah wa rahmah. Amin. :) Kullu am wa antum bikhoir. Setakat ni saje yg dpt aku kongsikan. Lain waktu kita berjumpa lg. Di bwh aku kongsikan serba sedikit gambar yg sempat aku snap td.


Suasana sebelum akad nikah.

                                                                 Selepas akad nikah.

Acara menyarung cincin.

Selamat pengantin baru :)

Family Cik Ngah (keluarga pengantin perempuan).

Aikk budak ni ade jgk? Ni tetamu spesial yg dtg td. Namenye Hud, best main dgn dia, x nangis pun cume buas sket. Budak tgh nk membesar.

Sunday, 18 August 2013

Kepeningan melanda !

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nk kongsi tentang masalah aku. Bkn masalah ape pun, just masalah dlm pelajaran. Ustaz aku tugaskan aku & kumpulan aku untuk cari contoh karangan Bahasa Arab(insyak). Aku pening sebenarnya nk cari kt mane contoh karangan BA ni. Naik lenguh da tgn aku ni duk search dkt google. Anyone tahu tak kt mane aku boleh dpt contoh karangan tersebut? Aku kene cari insyak yg bertajuk Adat & Ikutan. Karangan pendek pun takpe asal ade karangan, yg penting sekali isi. Ok, setakat tu saje post aku kali ni. Sekian. :)

Tuesday, 13 August 2013

New application...Tumblr

Hai assalamualaikum to all. Kali ni aku nk share app yg baru aku tahu. Tumblr, itu nama yg diberi. Mungkin app tu dah lama terkenal di kalangan bloggers. Maklum la aku masih baru disini. Bagi aku tumblr ni agak menyusahkan atau dlm bahasa ganu 'bolok' bg mereka2 yg tak reti atau tak tahu cara nk manggunakannya. Disini aku share sedikit apa itu tumblr. 

" Tumblr is a blogging platform that allows users to post text, images, video, links, quotes, and audio to theirtumblelog, a short-form blog. Users are able to “follow” other users and see their posts together on their dashboard. "

Melalui tumblr ni, korang blh memuat apa sahaja, dari artikel yang pendek kepada kandungan multimedia yang lebih kompleks khususnya audio, video, gambar serta pengguna juga boleh memuatkan 'links' dan 'chat' dengan hanya begitu mudah. Malahan, pengguna Tumblr boleh melakukan follow ke atas blog (atau lebih dkenali sebagi tumbleblogs) sama juga aplikasinya seperti di Twitter.

*Ikut suka korang nk guna atau tidak aplikasi ni sbb aku sendiri belum guna lagi. Aku ada buat akaun tumblr tp belum digunapakai lagi. Mula2 tgk aplikasi ni mcm agak menyerabutkan. So up to you guys !


Monday, 12 August 2013

Bad mood day.

Hai assalamualaikum. Hari ni aku nk kongsikan tentang apa yg berlaku kpd diri aku. Tetibe hari ni buat perangai yang membuatkan orang menyampah dengan aku. Perangai yg 'jelek' itu ialah simbah air kpd pengguna bilik air sebelah. Rumah aku mempunyai bilik air yg 'terlekat' dua, atau dengan kata lain bilik air yg berkongsi dinding. Aku pun simbah la air dekat org sebelah dgn niat nk bergurau, apalagi menyamuk sakan la org sebelah. Ber-double double org sebelah marah kt aku. Aku pun panas la. Aku tau ni salah aku tp xkn la sampai mcm tu sekali nk marah kt aku. Aku tak habis mandi lagi, dia tutup lampu bilik air aku. Nasib baik masa tu tinggal nk ambik wuduk je. Skrg ni pun aku masih tak bercakap dgn individu tu. Tgk la esk luse ok la tu kot, in sha Allah. Harap2 tak berpanjangan la merajuk ni. Hehe. Ok setakat ni je apa yg aku nk kongsikan. Sekian.

Sunday, 11 August 2013

Homework oh homework

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cuti cuti jugak, keje sekolah tidak lupa. Makk aii byknye keje. Satu habuk tak buat lagi ni. Seminggu lagi cuti ni.


List of homework : 
1) BM - karangan secara individu
2) BI (MUET) - keje yg Miss Julia bg (tukar ayat +ve ke -ve)
                   - tgk modul MUET
3) P.Am - latihan hk buku LP
            - esei PA secara kumpulan
4) B.Arab - cari karangan tentang tajuk yg telah diberi mengikut sukatan (berkumpulan)
5) Usuluddin - wt nota mengikut sukatan
6) Syariah - ingat tajuk2 yg telah dipelajari

*persoalannye bila nk start wt keje sekolah ni?



Malaysia IX vs Barcelona

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni aku nak bercakap tentang game bola semalam. Perlawanan diantara Malaysia IX vs FC Barcelona. Sebelum perlawanan bermula ramai yg memperkatakan Malaysia akan dibelasah teruk oleh Barcelona, tidak kurang juga diri ini turut mengiakan statement tersebut. Tetapi apabila menyaksikan perlawanan semalam, statement itu salah sama sekali. Aku tak tahu sama ada pemain Barcelona memperlahankan rentak permainan atau pasukan Malaysia yg bermain dengan baik semalam. Tetapi keputusan semalam cukup memuaskan hati aku, mungkin hati seluruh peminat bola sepak tanah air. Bak kata Bojan Hodak, jurulatih pasukan Kelantan FA sebelum permainan bermula, kalu pintu gol Malaysia bolos kurang dari 5 gol itu sudah cukup membanggakan. Ok la tu kan. Tapi yg cukup peminat bola sepak tanah air terkilan ialah pemain sensasi Barcelona, Lionel Messi tidak diturunkan pada game malam tadi. Kita sebagai peminat nk buat macam mana selain akur kepada keputusan tersebut. Tp bangga tgk Amri menjaringkan gol semalam.

Ni link highlights dan goals untuk game semalam :

http://www.youtube.com/watch?v=A8NThS5eljo




Keputusan penuh : Malaysia IX (1) vs FC Barcelona (3)
Penjaring : Cesc Fabregas "33
          : Amri Yahya "40
         : Neymar Jr "43
             : Gerard Pique "74

Drama filipino

Assalamualaikum, ketemu lagi kita pada kali ini. Hari ni aku nak kongsikan satu cerita yang tgh femes di beberapa stesen televisyen tempatan yang sangat aku minat ketika ini. Dahil May Isang Ikaw, tu tajuk dlm bahasa Filipina. Dalam BI pulak, Destined Hearts. Kalu dalam bahasa Melayu pulak, hang pikir la sendiri. Hahaha. Drama ni mengisahkan tentang perkenalan singkat antara Ella dan Miguel pada zaman kanak-kanak. Mereka tinggal di perkampungan kanak-kanak terbiar. Pada satu hari mareka terpisah disebabkan pihak berkuasa ingin merombak perkampungan tersebut. Sehingga mereka besar, habis belajar dan mempunyai kerjaya masing-masing, mereka masih mencari antara satu sama lain. Kalu nak tahu kisah selanjutnya, korang tgk la citernye di Astro Bella, hari Sabtu dan Ahad, jam 11pg-1 tghari (3 episod berturut-turut). Takpun kt TV3, Isnin-Khamis, jam 3 ptg. Lakonan mantap Kristine Hermosa dan Jericho Rosales.



Eid Mubarak

Assalamualaikum, jumpa lagi kita pada kali ini. Sempena Aidilfitri ini, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Harap tak terlambat untuk aku ucapkan walaupun hari ini dh masuk 4 syawal 1434. Puasa penuh tak? Kalu x nanti x boleh raya. Hehehe. Ok la, setakat ni saja pertemuan kita. Wassalam.



Hello ! Budak baru disini.

Assalamualaikum n salam sejahtera. Selamat berkenalan. Saya budak baru disini. Saya? Lain macam je bunyinya. Aku la.. Tetibe rasa mcm nk berblog. Berblog ni kadang-kadang ikut mood, kalu rase rajin nk menaip ter-update la blog, kalu tak berhabuk la blog sbb tak update. Dulu dah ada blog tp sayang tak ingat password, jd terpaksa la buat blog baru. Tak ada apa untuk aku katakan lagi, cukup sampai disini saja. Ada masa kita jumpa lagi. Wassalam. :)